Malaysia Political Challenges


Political Challenges In Malaysia.
By: Harry George
Malay Version: 
Cabaran Politik
Negara kita Malaysia sedang mengalami keadaan politik yang agak tegang semasa tampuk kerjaan Malaysia dibawah mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dimana kerajaan Barisan Nasional hampir-hampir ditumpaskan oleh PKR di bawah naungan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mujur dengan berkat Tuhan kita masih lagi dapat hidup aman di bawah naungan kerajaan BN. Antara cabaran politik yang sedang di hadapi oleh kerjaan malayasia ialah amalan politik perkauman, ketandusan politik matang dan isu-isu sensetif yang sering kali digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan politik dan peribadi.
Amalan Politik Perkauman
Sememangnya Negara kita Malaysia masih lagi mengamalkan politik perkauman dimana setiap kaum berlumba-lumba untuk memajukan kaumnya sendiri tanpa mendukung apa yang disarankan oleh Perdana Menteri “1Malaysia” dimana asas bagi istilah ini ialah Negara Malaysia bernaung dibawah satu matlamat yang sama bagi mengujudkan satu masyarakat majmuk yang bernaung didalam sesebuah Negara. Isu politik perkauman ini akan bertambah parah sekiranya ia digunakan oleh pihak tertentu untuk menagih simpati daripada rakyat. Berikut adalah salah satu bukti yang jelas di mana senario politik di Malaysia masih lagi bersifat perkauman.
“Pilihan raya kecil di Hulu Selangor telah membuktikan politik perkauman masih wujud. Pengundi Melayu dan India sudah kembali kepada BN namun begitu, kebanyakan kaum Cina masih menyokong pakatan pembangkang,” katanya. (Petikan daripada Utusan Online, Arkib: 29/04/2004, Mahatir Ulas PRU 13)
Amalan politik perkauman jika diteruskan tanpa kawalan daripada pihak kerajaan akan mengujudkan susana dimana kaum-kaum yang terdapat di Negara Malaysia akan lebih cenderung kepada kepentingan peribadi dan kemajuan kaum itu sendiri tanpa mengira keadaan kaum lain. Ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum-kaum yang terlibat dan boleh menggangu keadaan politik yang sedia ada. Politik perkauman sememangnya tidak boleh dielakan disebabkan Negara kita Malaysia mempunyai lebih 100 ethnik yang hidup di dalamnya. Jika kita berlandaskan kepada prinsip 1Malaysia istilah politik perkauman ini tidak akan timbul sama sekali disebabkan di dalam perlembagaan Malaysia, pembangunan sesuatu kaum di Malaysia perlu berlaku sama rata bagi mengelak rasa tidak pasti. Peristiwa 16 Mei merupakan satu contoh dimana politik perkauman boleh menjejaskan keselamatan sesebuah Negara. Iktibar daripada rusuhan tersebut isu politik perkauman adalah isu yang amat sensetif dan perlu dibendung bagi mengelakan perkara ini berlaku semula. 
Amalan politik perkauman harus dielakan bagi mengujudkan satu masyarakat majmuk yang hidup di dalam rukun aman dan damai. Jati diri harus dibentuk dari peringkat kanak-kanak lagi supaya generasi akan datang lebih cenderung kepada keamanan bukannya rusuhuan perkauman. Untuk memenangi hati rakyat kerjaan harus memberi segala bentuk kemajuaan kepada kaum  dengan ukuran sama rata bagi mengelakan rasa tidak puas hati di kalangan kaum di Negara Malaysia.  Kaum-kaum minoriti di Malaysia harus diberikan kemajuan yang seimbang dengan kaum majoriti seperti Melayu, Cina dan India. Pihak tertentu akan mengambila langkah drastik bagi mendapatkan sokongan daripada kaum minoriti untuk menyokong propaganda mereka bagi merampas tampuk kerajaan. 
Dengan berdirinya satu wawasan 1Malaysia, isu politik perkauman boleh dibendung sebelum ia menjadi “duri dalam daging”  dalam senario politik di Malaysia. Kemajuan sesebuah Negara bermula daripada rakyat di mana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan ethnik. Kebajikan kaum harus dijaga dan dipelihara bagi mengelakan isu politik perkauman ini tidak timbul di dalam Negara kita Malaysia. Cabaran Malaysia yang seterusnya di dalam kancah politik Negara ialah isu-isu sensetif digunakan sebagai alat oleh sesetengah pihak untuk menggangu system politik yang sedia ada. Biasanya isu-isu politik ini pada mulanya adalah kecil tetapi setelah ia diapi-apikan oleh pihak tertentu ia telah menjadi isu yang besar dan serius. Senario politik dalam konteks isu-isu semasa banyak terpampang di muka akhbar seperti isu “pendatang tanpa izin, pembunuhan dan sebagainya”
Isu Sensetif.
Cabaran politik dari segi konteks isu-isu sensitif tidak boleh diambil mudah sekiranya Negara Malaysia mahu mencapai kestabilan politik secara berpanjangan. Isu-isu politik ini harus ditangani dengan cara yang bernas dan bijak dan dapat menghasilkan sesuatu yang baik. Berikut adalah salah satu contoh isu-isu sensetif yang digunakan oleh pihak tertentu untuk menagih simpati dan sokongan rakyat. Biasanya isu-isu sensitif ini dapat memanupulasikan pemikiran seseorang untuk mengambil tindakan luar biasa.
   
“KUALA LUMPUR 25 Feb. – Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo menarik diri daripada menyertai prosiding Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock hanya taktik parti itu untuk menjadikannya bahan politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, ini kerana DAP sejak kematian Beng Hock sudah memainkan peranannya sebagai ‘tulang belakang’ untuk mempolitikkan isu berkenaan” (DAP perguna isu kematian Beng Hock untuk jadi bahan politik PRU13, Utusan Online)
Isu-isu sensitif ini biasanya digunakan oleh orang-orang tertentu dalam memesongkan fikiran seseorang untuk  mengucar-kacirkan sistem politik sesebuah Negara. Sesuatu isu sensitif sekiranya tidak ditangani secara telus oleh pihak kerajaan boleh menyebabkan ia menjadi isu yang besar dan boleh memudaratkan Negara kita. Wancana yang ditulis oleh pihak akhbar sepatutnya ditapis dan dipantau oleh jabatan kerajaan supaya pihak mereka tidak menokok tambah mengenai isu tersebut. Manakala pihak kerajaan juga seharusnya tidak bersikap tidak jujur dalam menyiarkan apa-apa sahaja isu-isu sensitif. Isu-isu ini harus diulas dengan tepat dan jujur bagi mengelak ssebarang kejadian yang tidak baik berlaku. Biasanya pihak tertentu akan menggunakan isu-isu ini untuk memburukan cara pemerintahan Negara kita Malaysia. Sesuatu isu tidak akan bangkit sekiranya tidak timbul cerita yang bukan-bukan mengenainya berlaku. Seperti dinegara barat, biasanya isu-isu sentitif akan menjadi satu tittik permulaan berlakunya rusuhan dan boleh mengakibatkan pertumpahan darah dan mengorbankan beratus-ratus orang yang tidak berdosa. 
Ketandusan Politik Matang
Arena politik Malaysia pada masa kini boleh dikatakan tidak matang disebakan banyak benda yang berubah-ubah berlaku sekelip mata. Ketandusan politik matang boleh diertikan sebagai idealogi politik yang sentiasa berubah-ubah dan tidak kekal. Para pemimpin adalah pembuat cadangan dan dasar dalam melaksanakan apa yang baik untuk rakyat, tetapi jika berlaku sebarang kesilapan ini akan mengakibatkan rakyat tidak berpuashati dan boleh menyebabkan rusuhan seterusnya mengakibatkan keadaan politik yang pincang. Perubahan keputusan secara tiba-tiba oleh pemimpin boleh diklasifikasikan sebagai ketandusan politik matang.
“ Muhyiddin nampaknya sudah tarik brek tangan. Najib nampaknya seolah-olah merelakan peralihan kuasa 2010. Mukhriz mungkin terbantut untuk mendapat pencalunan. Kini seolah-olah tinggal Ku Li untuk membawa perubahan. Peristiwa-peristiwa terbaru ini hanya menunjukkan politik UMNO yang tidak bertambah matang. Walaupun keputusan PRU12 yang mengecewakan dan kemarahan akarumbi dengan pucuk kepimpinan UMNO, akhirnya UMNO masih tetap begitu juga.”
(dipetik daripada. http://anotherbrickinwall.blogspot.com/Ketandusan Politik Matang/24/08/2008)
Daripada petikan tersebut, ia jelas membuktikan bahawa Malaysia masih lagi berada di dalam situasi politik yang tidak matang. Masalah ini tidak akan timbul sekiranya pemimpin mempunyai pendirian politik yang tetap dan tidak berubah-ubah. Cabaran politik ini biasanya boleh ditangani dengan mudah sekiranya pemimpin itu mempunyai pendirian politik yang tetap dan tidak akan beralih dengan keputusan yang telah dibuat melainkan keputusan tersebut tidak bernas. Pemikiran seseorang pemimpin mestilah tepat dan tetap demi mengujudkan suasana politik yang harmonis dan matang bukan politik yang berubah-ubah serta tidak matang.
Artikel: Harry George for Pendidikan Negara Bangsa
Artikel In Malay
P/s: Want to read it in English? Please Translate..
Picture: Googles Image

About None

Goodman
This entry was posted in Cabaran politik Di Malaysia, PNB, Political Challenges in Malaysia. Bookmark the permalink.

Leave a comment